May 18, 2012

tahniah diri sendiri :)






N** A***** Binti J***** has completed her studies for Higher National Diploma in Business marketing on 18 May 2012. Syukur Alhamdulillah :) macam tak percaya :')


pasti aku takkan lupa kenangan aku jatuh bangun dekat bandar seri iskandar ini..sedih plak pikir balik =.= mesti nanti miss waktu belajar..arghhh tak leh bayangkan =.=


anyway kita dah grad! hoyeahhh! ;D


can't wait for my convo ;D


mood: planning for future :)

May 17, 2012

kesiankan hati awak baru kesiankan hati orang lain :)


*say louder please*


awak..
hati bukan benda main main..kalau awak salah jaga hati..hati awak yang sakit bukan orang lain..memang sakit bila kita cuba untuk gembira sebab nak gembirakan orang yang kita sangat sayang itu..belajar untuk melupakan memang sakit tapi keluar dari masalah itu perlu awak..orang yang pernah rasa akan paham perit dia macamana..tapi awak tak nak cuba untuk keluar dari menyakitkan hati awak sendiri? awak rasa berbaloi pengorbanan awak itu? 

tapi awak hati awak macammane? tak berharga ke bagi awak? awak bagi dia sakit sedangkan awak boleh bagi hati awak dekat orang lain yang sedia terima hati awak seadaanya awak..dan tak main-mainkan hati awak..hati bukan benda yang awak boleh ambik mudah even awak kata tak sakit dan i'm okey tapi awak tak tipu diri sendiri ke? awak tunjuk awak sedang bahagia dengan pilihan hati awak sedangkan awak tahu hati dia bukan milik awak tapi milik orang lain..kenapa awak nak jaga sangat hati orang itu..awak tak nak jaga hati awak? kenapa?

memang sakit bila kita yang mengharapkan orang atas cinta kita tapi awak kena sedar satu perkara..cinta tak boleh dipaksa..sekuat mana pon awak bagi hati awak sepenuhnya ..kalau hati dia tetap bukan milik awak..seumur hidup pon awak takkan dapat dia sebab awak paksa cinta itu..dan itu bukan cinta tapi paksaan..it totally not love..cinta ini datang suci dari dua hati yang saling mencintai..bukan satu hati yang syok sendiri..awak boleh fikir kan?

awak bangun la dari angan angan awak untuk cinta awak itu..awak bukak mata besar besar dan perhatikan orang yang more care about awak dari yang awak pandang sekarang..awak mesti nampak ada yang sentiasa untuk awak bila awak sedih dan kecewa..selalu support awak bila awak selalu cerita banyak benda yang awak sedih..tapi awak pernah nampak dia?  awak tak nak  ke cuba bagi hati awak dekat dia dan menghargai dia? awak tak nak buat hati awak gembira atas cerita cinta yang awak sendiri yang boleh buat awak terasa di awangan awangan dan bukan cinta yang penuh  berpura pura.. awak tak nak ke semua itu? jangan la jadi hipokrit dan cakap i'm okey *mimik squidward*padahal kau tak okey mana pon kan? jangan hipo sangat boleh! do you own love story and live happily..hidup ini singkat dan kenapa kena pikir orang lain sedangkan hati kita bersepah dan hancur? why? 


jangan biar hati disampahkan, dibuang dan diletak tepi. kalau mahu beri hati, beri pada yang sudi. itukan lebih bererti :) 

*code : posmen ke syurga*


cinta bukan buta tapi cinta memaksa kita untuk percaya dan jadi diri kita sendiri dan bukan berpura pura bahagia:)

May 11, 2012

this video make me crying and i miss my mom badly :(



kalau la dia dilahirkan Islam..ya allah sungguh indah hati suci dia..orang ISLAM pon ade yang gugur anak..aku respect dengan dia..even dia kristian..dia tak jadi bodoh dan dia tak ambik jalan singkat dengan gugurkan budak itu walaupun budak itu dah disahkan cacat dalam perut lagi..sedih tengok video ini..dan video ini buat aku ingat mak aku..okey rindu balik..
:(

kalau la satu hari nanti dia dengar pasal agama Islam ini dekat mana mana dan orang yang terdekat dengan dia..aku harap dia terbuka hati untuk memeluk Islam macamana dia secara bersih hati menerima anak dia yang cacat dalam hidup dia..insyallah..doakan sama sama :)




oh ya..selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu pada tanggal 13 mei ini :)



Mother's Day
P/S : lepas tengok video ini tadi terus telepon mak untuk ucap selamat malam..:)
malam ini mesti mak masuk dalam mimpi sebab dia rindu anak dia ini..:D 
I LOVE YOU MAK :)

May 9, 2012

keterujaan..alhamdulilah :')

pagi pagi lagi henset cokia aku vibrate lagu peberet aku..pelik sebab orang takkan mesej pagi pagi buta kalau tak ada hal...suprised me the message from my mom..selalu dia telepon terus..terkejut gila



teruja bila baca sebab semalam mak tak nak cakap langsung dengan aku sebab dia kata sibuk.. tapi reason sebenarnya dia tak sabar sabar nak wish besday aku itu sebab mak takut tersasul sebut benda ini depan aku sebelum waktunya..sweet sangat mak ini..terharu :')

This is from my mom message..

"salam N** A*****.. dah bangun ke? mak nak ucap selamat hari jadi yang ke 22 pada 17 Jamadilakhir bulan Islam..semoga sihat sejahtera dan berjaya selalu.."

mak aku akan panggil nama penuh aku even luar atau dalam mesej sebab dia tahu dengan nama itu je aku akan respon dengan cepat even dalam mesej juga:) 

lagi satu kalau dia marah dia akan panggil nama betul aku..yang itu takut sangat sebab dia memang tengah marah sebab mak aku terkenal dengan perangai peramah dan sifat lemah lembut dia..susah sangat nak marah orang even macam macam orang buat dekat dia..dia still sabar dan senyum je..that my mom :)..dia takkan marah kalau dia tahu bukan salah aku.. kalau yang kenal rapat dengan aku mesti akan rapat juga dengan mak aku..ini tak tipu..*tapi jangan salah paham..dekat rumah mak aku panggil aku angah je..cume sesetengah keadaan je..mak aku terpaksa tegas dengan aku..sebab aku anak dia yang paling degil.

yang nak tahu, mak aku ni dulu agak low sikit dalam balas and bagi mesej segala ini..even dia wanita berkerjaya tapi dia still cakap " watpe nak taip..call kan senang". sebab dia kata kalau taip sama je macam call..call lagi lama boleh cakap dari susah susah taip..old people always like this..same juga macam ayah aku..tapi sekarang bila dia asyik skodeng je tepon anak dia dan tak tahu sepatah haram pon mesej berbaur ayat typo dan ayat seringkas alam mungkin..dari situ terdetik dia nak belajar dan paham ayat SMS..senang dia nak jaga anak dia yang nakal nakal ini mungkin..mak jangan risau anakmu takkan membelakangkanmu sebab you are the role model for me and you  the only mom that i have in this world..what are the best part of me without you?...will i remove you easily? FOREVER NO...you know me well before you transfer me to this dangerous world kan mak?..:') one word..I LOVE YOU MAK :)

sebabkan wish dia pagi itu..aku rasa mungkin masin mulut mak aku tentang berjaya selalu itu sebab aku lepas 2 asignment aku yang aku hantar hari itu..mecasih tuhan :) ya allah rasa nak cium peluk mak aku sekarang tapi tak boleh i am far from home :( i miss her badly now..

seriusly lama dah aku tak balik sebab encik asignment yang tak berhenti henti bertandang untuk disetelkan..even rumah tak ada la jauh sangat tapi still boleh nangis malam malam rindu mak..home sick maybe dan tak sabar nak balik rumah..lagi seminggu je lagi and i'm totally done with my college and you know i will GRAD!!!..ya allah syukur :) macam tak percaya :D

okey now out sebab nak ganti tidur lepas siap kemas barang semua..doakan kite berjaya dapat kerja nanti ye awak :)
...............................


pesanan : mak tak pernah nak wish masa besday aku ikut kalendar omputih and all that even dia tahu besday anak dia 24 12 1990..tapi dia still tak nak wish tapi dia paling teruja untuk sambut aku dalam bulan Islam..dia still save dalam phone dia bulan Islam..dia hormat bulan Islam dari bulan omputih..kalau waktu besday aku bulan 12 itu..yang ada pon dia wish dan sambut juga sebab dia nak anak dia happy even lahir lambat sangat..dia tak nak anak dia terasa sangat kalau tak ada yang sambutkan..you the best mother for me mak..walaupun kadang kadang anakmu annoying sangat tapi mak tetap tak berhenti sayang aku sampai umur aku 22 tahun ini even macammana pon perangai anak dia ini..ya allah sumpah aku miss mak aku sekarang*start ini mata aku dah mengalir

May 7, 2012

adakah ini karma?

holla amigos..lama gila aku tak taip..maybe masa yang agak busy kemain lately ini yang menyebabkan aku nak tak nak je masuk dashboard ni..don't blame me sayang..blame masa..amboi kau klise punya ayat

okey enough with the intro..jom start dengan topic aku hari ini..majority mesti tau karma itu ape? karma ini mostly akan jadi bila diri kita sendiri akan dapat bila kita cuba buat orang lain..lebih tepat lagi balasan untuk kita sebab kelakuan kau yang tak boleh blah dekat bumi ini dengan menyakitkan hati orang constantly dead or a life..contoh lebih tepat bila budak jahat tak dapat hadiah waktu krismas sebab kelakuan jahat dia pada masa lepas..errk

okey hari ini aku nak cerita tentang kawan aku yang ada masalah yang ada hubung kait dengan karma ini...masalah yang dia bagitahu aku..dia punya ex- boyfriend still tak puas hati dengan dia even dia itu dah lupa kan langsung tentang perangai jantan itu yang dah dump dia..kau ingat tak sakit kena dump? tak kena boleh la cool je

aku respect gak la dia sebab boleh kawan balik even dah break..kalau aku memang tak la sebab aku kalau dah buang orang dari hidup aku..memang luput terus la..

jadi kawan? perlu ke? *sigh  

"Ex boleh jadi musuh atau boleh jadi kekasih semula tapi takkan boleh jadi kawan baik." 
-code brader leplep *terfaktab*

okey back pada masalah member aku itu..dia tak paham kenapa lelaki itu macam salahkan dia sedangkan yang putuskan hubungan itu dari pihak lelaki dan dia macam serba salah la sebab ex dia itu macam nak tak nak je cakap..
#orang dah baik kira untung laa..ini nak tunjuk ego..bapak bangang je..nampak terang lagi bersuluh kau punya hati yang busuk itu..tak boleh busuk lagi ke?

atau aku punya feel cakap sebab 



dia totally JELES 

etcelliy member aku itu dah bahagia habis dengan dia punya new boyfriend..gelabah gila babi sebab  perempuan itu lagi bahagia dari dia atau aku syak ex boyfriend member aku itu jeles gila babeng sebab macamana member aku itu lebih bahagia tanpa dia disisi..itu maksudnyer kau si ex kalah permainan karma ini wey..nampak tak permainan karma itu macammana? tahniah la sebab kau deserved rasa jeles itu sebab dah bangang sangat dump orang pasal apa

"you give other feeling hurt and now you get the broken heart..ololololololololo"
tak payah melalak sangat la sebab kau yang nak dia pergi kan? ;)



manusia macam itu la..dah pergi baru nak cari..depan mata pandang sebelah mata pon tak nak..maki ada la



pada perempuan yang kena dump itu , you did a good job..dah jangan fikir sangat benda yang dah lama tinggal..pandang yang lepas pon bukan boleh putar balik..kecuali la kalau kau ada feel lagi..krik krik krik


senang cerita tak payah pikir sangat buat serabut..jaga hati orang yang sayang kita sekarang dah sebab orang kata lebih elok sayang orang yang sayang kita dari kita yang terkejar kejar sayang orang lain yang belum tentu sayang kita..yang itu kerja yang sangat bullshit

karma bagi aku itu bukan nak menyakitkan orang tapi bagi pengajaran sebenarnya..supaya dia ajar manusia ini tahu erti bersyukur dan bukan pilih bulu semata mata. lagi pon manusia ini kan mudah lupa *sigh 



pesanan penaja : kalau makan yougurt boleh kurus tak? aku kena masalah minat makan terlampau banyak dan berat dah macam naik..aku kata macam.okey aku makin gemuk

May 3, 2012

Perempuan yang cantik selalu curang , Lelaki yang kacak selalu game orang (!) *FaktaBukanAuta*

Dah tengok tajuk mesti muka yang bajet hensem kata tak sebab dia rasa dia setia..auw aku tak tahu la celah mana diorang rasa diorang setia..tapi mostly lelaki hensem suka main main dan pompuan cantik mostly suka curang..ini sebabkan dia ada aset dan tak salah kalau goda hati orang lain untuk kesenangan dia..muka ada kan

ala tak payah pergi jauh..korang tengok je member korang yang jadi pujaan ramai..boleh tengok dia tukar makwe atau jantan berapa kali? nampak kan kelebihan muka dia macam mana?

tak salah kalau nak benefitkan muka yang sedia kacak dan lawa untuk jalan yang elok..tapi takkan la dengan aset yang ade kau kena ragut hati orang yang tak berdosa..mostly kau punya niat adalah untuk mengoda dapatkan apa yang kau nak and motif kau untuk main main dan not serius..hati is not joke okey.

kau ingat hati manusia ini senang sembuh ke?
hati ini salah satu benda untuk seseorang hidup..bila dah hancur berkecai..
kau anggap dia hidup lagi ke?


sayang orang pada pada dan tak semua orang akan lupa apa yang kau buat..
not all people can forget easily.


why should they have to curang dan main main..padahal ramai orang dah gila sayang or bayang dengan diorang..kenapa tak serius? or takut untuk kecewa? so dia decide untuk make more relationship?

"saya sunyi..walaupun muke ada..makwe pakwe saya tak nak layan pon..saya sunyi sangat"

this one is BULLSHITT!

macam tak ada benda lain nak buat..akal letak mana? tong sampah mungkin.

May 2, 2012

annoying zebra

homai pukul 5 pagi aku taip..betul ke jam aku..betul ke? dah agak aku kena insomnia babi ini dah..perghhh

hari ini aku taip pasal annoying zebra..ini bukan cerita binatang zebra yang tengkuk tinggi tinggi galah itu..ini aku nak cerita pasal seorang mamat yang boleh tahan lagak dia..memang aku tak boleh in dengan otak dia..maybe dia orang kaya mana layak kawan dengan aku yang sedang sedang ini..cakap nak angkuh je..rasa nak lempang lempang je muka dia tadi..tapi tak boleh aku perempuan..jatuh plak maruah jantan itu..sebaik baru pestaim aku hang out dengan dia..

tahu tak..aku sembang dengan dia macam aku cakap dengan dinding..dah la tak fokus pon aku cakap lepas itu boleh cakap "haa??"...menyirap gila bila cakap boleh buat macam aku ini tunggul kayu..memang awkward double gila bila cakap dengan dia..dalam otak aku tengah pikir maybe dia ini pemalu kot..

aku tanya la dia asal bila aku cakap sepatah dia jawab sepatah...dia boleh jawab ikut keadaan..dia boleh jadi dari pendiam tukar jadi peramah betei..what the hell mamat ini datang pon aku tak tahu..bermuka gila..dah la aku jenis tak suka lelaki bajet hensem ini..memang rasa nak tarik je mulut dia bagi lebar baru reti tahu bersyukur allah kurnia kan mulut untuk bercakap..baru tahu nikmat ada mulut..

aku tanya pasal family dia..nah sedepaa dia ceritaaa...nak yang hot je cerita..pasal mak dia kaya laa..uncle dia jutawan laa..blah blah blah..kalau cerita benda lain..slow je kau cakap..hamboi :O..lagi kau tahu macammana bosannye aku bila dengar suara dia lagi kuat dari bunyi radio kereta..memang boring tahap mental..lepas dia tengok aku tak ada respon..terus dia senyap je..tahu plak berhenti..off button ade lagi rupanya..aku memang benci sikit orang pura pura pendiam ini..lagi yang jenis caver macho..kau nak macho tunjuk depan pompuan hati kayu ini ke? dengan harapan ape? tak boleh blah..lagi kalau cakap dengan dia macam tak dihargai je bila pot pet pot pet..dia cakap.."owhh.." der! kau memang tak reti respect orang bercakap ke?

sumpah kau yang terakhir dan terlast aku hang out dengan kau..bosan gila babi..dah la propa family je lebih..

memang semua lelaki or perempuan kaya cakap kena tunjuk ego diorang ek? -.-..kena cakap " owhhh" segala -.-..aku betul tak paham orang kaya ini macamana..memang aku tak ada rezeki la nak duduk sehot dan jadi menantu orang kaya sebab aku tak nak jadi "labang"...or bahasa kasar dia pekak...sekiann





entri keganasan pukul 5 pagi 

May 1, 2012

size dia yang keliru..homai ;O

okey let's start with the wish kan? 

"happy labour day people ;D"

okey hari ini aku nak cerita pasal kekeliruan..bukan identiti tapi duit..
eh korang pernah jadi macam aku tak.
bila mana korang nak bayar tapi duit itu terlebih..

for example : 


kau perhatikan duit atas itu..tak banyak beza tapi saiz dia yang bagi aku marah sebab apa..

kau tengok situasi ini :

makcik : adik semua sekali RM 3.20 je
aku : mak cik nah duit..*bagi duit cukup cukup dan terus blah*
makcik : eh adikkk! nanti! *bagi balance 30 sen balik*
aku : *muke awkward* makcik kenapa? 
makcik : eh itu duit 50 sen adik..makcik bagi la duit lebih sebab tadi adik terbagi 50 sen..
aku: owhh..tak perasaan la makcik sebab ingat duit 20 sen tadi..terima kasih ;D*muke segan*

seee kalau dapat makcik macam ini okey gak tapi kalau dapat peniaga kira untung je tak kira halal haram..aku boleh muflis wey..seriusly =.=
#ce congak kalau 100 kali aku tak perasaan aku bagi duit 50 sen baru itu yang aku sangka 20 sen...kau boleh bayang diorang si peniaga lintah darat untung berapa ribu kalau ada 700 orang lurus macam aku? -.-

duit sekarang yang 50 sen pon dah macam 20 sen duit dulu laaa...sabar je laa..ingat balik boleh gelak gelak mati ketawa sorang sorang..anyway ini salah aku ke salah najib ini? :P

moral cerita ini : sila teliti duit kau betul betul sebelum bayar supaya kau tak rugi..30 sen lebih itu duit gak   ;D