awak yang berhati kuat, ya awak yang sedang dengarkan kata saya sekarang..saya tahu awak takkan nangis kalau tetiba saya ditakdirkan tak ada dan tak akan wujud lagi dalam dunia awak..sebab awak bukan kenal atau pernah rapat dengan saya..cuma sekali sekala melawat blog ini baru awak mengenali saya si penaip blog yang kudus..lagi pon awak hati kuat..sangat confident giler awak takkan menangis sebab saya yang tak ada kena mengena dengan awak..
tapi awak si hati kuat..
saya nak tanya awak..adakah awak akan menangis bila mana saya kata kawan saya ada yang tengah tunggu takdir dia untuk pergi..adakah awak akan kuat macam apa yang saya anggap awak sekarang..mungkin ya, sebab awak tak kenal langsung kawan saya macamana awak nak sedih..okey saya lupe nak cerita detail pasal dia..sekarang awak dengar cerita saya ye awak wahai si hati kental...saya harap awak tabah sehingga proses cerita saya setel sampai habis..saya cerita benda ini sebab saya tahu awak kuat..kan awak?
awak tahu..kawan yang saya ceritakan tadi ada lagi setahun setengah je untuk hidup..awak nak tahu sebab ape? saya bagitau awak..dia menghidap barah otak stage akhir dan peluang untuk dia hidup sangat tipis..awak tahu dia sekarang bergantung dekat ubat je untuk hidup..doktor sahkan dia akan pergi tak lama lagi dan dia suruh kawan saya itu nikmati hidup secukupnya..
awak rasa seronok ke hidup bila mana awak akan pergi meninggalkan orang yang awak sayang tak lama lagi? awak rasa berbaloi ke mati bila mana orang akan bersedih bila awak meninggalkan mereka..dan seronok ke awak bila mana kalau nak bermain dan berkawan semua berpura kesahkan awak sebab awak sakit sedangkan sebelum ini tak pernah kesah pon? seronok ke duduk dalam dunia bila mana semua orang akan tahu awak akan mati?
seronok ke awak...bila mana terpaksa untuk tahan perasaan cinta untuk bagi dekat orang yang awak paling sayang bila tahu awak akan pergi nanti?
lupa awak hati kental sebab itu tak rasa apa apa..tapi cuba bayang kalau kejadian semua atas ini tetiba jadi dekat awak?
awak rela ke pergi sekarang sedangkan ramai orang masih menyayangi awak dan sanggup ke awak pergi dengan aman bila mana masih ada lagi dosa yang awak buat dengan orang sekeliling?
eh lupa awak hati kental..awak takkan rasa apa apa yang saya tulis..jadi saya takkan rasa sikit pon bersalah dengan awak bila mana saya ceritakan semua tadi pada awak..saya tak macam awak..sebab sampai sekarang saya masih tak dapat melupakan dia yang telah pergi pada tahun lepas..
alfatihah buat arwah..
wahai awak yang berjiwa kental..
satu je saya nak pesan saya harap awak hargai orang disekeliling awak sebagaimana awak sayang nyawa awak..supaya nanti awak tak menyesal bila mana orang yang awak tak hargai pergi meninggalkan awak..dan cuba la sayang orang disekeliling awak supaya orang akan sentiasa mengingati awak even awak dah tak wujud dalam dunia ini..
eh lupa awak jiwa kental mesti takkan rasa sedih..
jadi awak si hati kental..terima kasih dengar cerita saya, si anon berhati tisu..
3 comments:
tak salah berhati tisu.. tapi ye awak yang berjiwa kental, sampai sekarang awk masih redha pemeergiannya, xperlu melupakan.. kerna itu memori yang baik utk mencari teladan buat anak cucu. cuma kita kadang kala perlu menerima hakikat sebenar, takdir hidup mati di tangan Allah dan saya tidak sekuat untuk menghadapi itu.. ya awak lah yang berjiwa kental.. :)
ye awak yang berjiwa kental sebab selalu ada untuk jadi boboy saya..dan dengar rintahan saya sampai habis..sayang awak la macamni..terima kasih my mr.kental:D
hamboiii boboy!!!
sweeettt nyewww
Post a Comment