Feb 10, 2012

ape nak jadi..dunia..dunia :P

salah siapa?



KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.
Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.
Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”
Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.







salah mereka ?





ke salah mereka? 







korang rasa sapa yang salah? ke korang yang salah menilai...

chill babe...why so serius? 
leklu...haha:P

pssst..pssst..kan gua dah kata..dunia nak akhir zaman dah..
maju macam ini laaa..sabar je laa :P

11 comments:

Unknown said...

bukan soal isu akhir zaman tapi bila zaman yang asyik dikejar sampai tak reti nak bersabar...

Eyka said...

maslhnyer..ni salh siapa wey? haha:P

FaiZaH Fyn said...

customer tu pun satu..macam mati kalau tak makan ayam tu..tak fikir yg pekerja tu semua penat dan bukan salah diorang kalau ayam tu habis.

kim heeruul said...

customer tu yg salah..
gua kerja jusco dah bnyk kali jumpa customer yg macam2 kerenah.. gua pon rasa nak tumbuk gak.. nasib baik gua seorang yg penyabar..

Unknown said...

sbg seorang ex worker kfc, rasa sangat malu dengan tindakkan pekerja tu.. hmm sabar la.. dah nama keje kfc, memang kena banyk brsabar.. dlu truk gak kena maki ngan customer tp sabar je.. siap bg balik senyuman lg..

shahril anuar b ahamad said...

xnk tggu....makan masak nasikkkk sendirii...kuikuikuikui

Adi Zhaf said...

haih..kadang orang klu da xsabar sangat gitu le jadinye..org kapio klu marah xleh wuduk sebab die mmg xtau..kite neh muslim kalu marah cube lah pegi wuduk ke minum air ke..api neh dipadamkan dengan air je =)

syazana amira said...

salah pekerja.. haha..

pada nana.. macam mana pun customer is always right.. kalau rasa x leh nak bersabar jangan bekerja dengan situasi macam ni..

pelanggan ni macam2 perangai.. so x leh nak salahkan pelanggan yang kurang sabar.. maybe depa lapaq "teruk" keh3...

sebagai pekerja.. kena lah reti handle customer tu.. maybe kasi lah apa2 dulu supaya depa tenang sikit kan.. hee :D

that my opinion ^_^

Namee Roslan said...

pasal ayam pun nak gaduh. tp kalau tgk dua2 video tu kita dapat agak siapa yang mula dulu. hehe

r-5 said...

kerana ayam badan binasa serius yang ni lawak.. macam2 orang bingai kat dunia.. tu la malas gorenang ayam kat rumah, kfc xde ayam marah-marah kan da kena tapak sekali.. sabo je la labu. :p

kay_are said...

sape2 salah pun boleh.. dah dibagitau kalau nak ayam kne tunggu.. so dah tak tahan tunggu blah je r.. makan tempat lain.. habis cite