Entri ini eyka betulkan setelah dapat komen dari seorang blogger yang ohsem tentang cerita secret recipe ini..
seriusly lepas baca baru gua tahu gua tertipu dengan video itu..
damn shit..
so conclusi, we cannot judge the thing ini one side of people only ..
kena analyse dari sumber yang lagi satu jugak..
seriusly maybe kes hari itu di sebabkan kelalaian perkerja dia yang tidak menjaga chicken puff itu dengan elok
disebabkan seorang pekerja
habis rosak susu sebelanga..
apa pon tak boley! hahaha:P
this is komen from other blog that have been invited by this anonymous..
this anonymous have been named IDMR
Assalamualaikum.
Saya merupakan bekas pekerja di Secret Recipe. Setelah membaca komen yang ada di blog ni, boleh saya katakan yang belum ada seorang pun wakil yang berpengetahuan mengenai prosedur pengurusan makanan di Secret Recipe yang menerangkan tentang fakta sebenar.
Sepanjang perkhidmatan saya di Secret Recipe, saya telah ditempatkan di bahagian Cake Counter, bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kek, pastry dan kaunter. Jadi, saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menerangkan tentang sebab berlakunya kes ini.
Pertama sekali, bahan makanan yang menjadi isu sekarang ialah "Chicken Curry Puff", sejenis pastry. Prosedur mengendalikan "Chicken Curry Puff" ialah seperti berikut ;
1. "Chicken Curry Puff" disalut dengan satu lapisan telur.
2. "Chicken Curry Puff" dibakar di dalah ketuhar sehingga 'naik' dan kembang.
3. "Chicken Curry Puff" diletakkan di dalam "brownie cabinet" di mana suhunya adalah tinggi berbanding suhu bilik.
Jangka hayat "Chicken Curry Puff" selepas dibakar adalah lebih kurang 5 hari. Prosedur untuk menghidangkan "Chicken Curry Puff" adalah seperti berikut.
1. "Chicken Curry Puff" dipanaskan di dalam ketuhar mikro selama 2 minit. Suhu selepas dipanaskan mencecah 200'C.
2. "Chicken Curry Puff" dibakar di dalam ketuhar selama 1 minit untuk tekstur doh yang rangup.
3. "Chicken Curry Puff" dihidangkan kepada pengguna.
* Prosedur ini juga tertakluk sekiranya pelanggan ingin membawa pulang "Chicken Curry Puff" tersebut.
* Bau "Chicken Curry Puff" yang elok dan "Chicken Curry Puff" yang tidak elok amat berbeza dan selalunya dapat dikenalpasti oleh pekerja.
Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa prosedur pengendalian produk "Chicken Curry Puff" yang telah digariskan oleh HQ Secret Recipe sangat baik untuk menjaga kualiti produk tersebut. Namun begitu, bumi mana tidak ditimpa hujan, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja sedikit sebanyak menjejaskan kualiti produk tersebut.
Antara kesilapan yang mungkin telah terjadi dalam kes ini ialah ;
1. "Brownie display cabinet" dibuka terlalu lama sehingga menyebabkan lalat atau serangga perosak lain masuk ke dalam kabinet tersebut.
2. "Chicken Curry Puff" telah melebihi jangka hayat 5 hari dah hal ini tidak disedari oleh pekerja.
3. Pekerja tidak mengendalikan "Chicken Curry Puff" mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa perkara ini adalah kesilapan insani dan para pengguna tidak seharusnya memboikot terus restoran Secret Recipe.
Akhir kata, saya ingin menggariskan beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh para pengguna agar kes seperti ini tidak berlaku.
1. Perhatikan gerak geri pekerja. Pastikan dia mengendalikan produk pastry mengikut prosedur yang telah saya terangkan tadi.
2. Teliti dahulu pastry yang dipamerkan di "brownie display cabinet". Sekiranya kelihat lemau atau tidak elok, dinasihatkan agar tidak membeli produk tersebut.
3. Sekiranya anda makan di restoran tersebut dan telah memesan pastry, bau dahulu produk tersebut sebelum makan. Sekiranya normal, potong bahagian tengah dan teliti isi dan dohnya. Begitu juga sekiranya anda ingin membawa pulang. Bau dahulu pastry tersebut.
4. Sekiranya berbau tidak elok, tolong minta pekerja tersebut meneliti produk yang telah anda beli. Sekiranya benar sudah tidak elok, minta dia ganti dengan yang baharu; bukan dari dalam brownie cabinet tetapi yang baru dibakar. Anda akan perlu menunggu untuk beberapa minit, tetapi itu lebih baik berbanding makan produk yang tidak elok.
Terima kasih.
Daripada yang eyka buat ini...eyka harap dapat la dijelaskan isu ini..even not pekerja yang kena salah 100% tapi customer also will be blame because pelanggan harus ada hak untuk memilih..so kena laa pandai melihat even benda itu macam isu ini sekalipon...kepada blogger yang siarkan yang perihal benda ini..please state back this aktikel...thank! :P
okey have peace...assalamualaikum :)
p/s : saya suke makan kedai biasa je..SR ni tak layan der...kopak duit student macam gua! hahaha :D
7 comments:
thanks share pasal ni :)
langsung x tau ada isu pasal secret recipe... huhuhu
biasalah tu,kat malaysia ni macam-macam issue.orang tetap pergi makan jugak.
ini lah explainasi yang di harapkan. bukan macam kfc punya video pasal cina kena tumbuk. langsung tak menerangkan situasi sebenar
stju2..mgkn kelalaian manusia..tp jgnlh smpai nk boikot
oh tapi memang semua kutuk SR dah pasal kes tu. nasib baik ada yg bertanggungjawab untuk terangkan. tp jahatlah siapa yg boikot tu.
tapi memanglah patut diaorang nak boikot segala pon, dah ada ulat weh dalam tu. geli nyewwww. bwekkk bwekkk
Post a Comment