Oct 6, 2010

pertanyaan si kecik yg wat kte trmenung..

Kisah Si Anak Kecil


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan  di tepi sungai, ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’sambil menangis. Ketika orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”
            Maka berkata anak kecil itu, “Wahai tok saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang ertinya, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab takut akan dimasukkan ke dalam api neraka”.
            Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka”. Berkata anak kecil itu, “Wahai datuk, tok adalah orang yang berakal, tidakkah tok lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
            Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?” 





smoga kite sme2 ambik iktibar dr cte n..
wassalm..

No comments: