Mar 27, 2012

salah sangka...kan kena sedas! haha:P

wehuu..lama aku tak tulis kan?
disebabkan kerja yang macam anak ayam tak mahu berhenti beranak jadi mood untuk berblogging semakin tak menjadi satu kemestiaan untuk abad ini..woaaaa...puitis kemain..harhar

ade benda besh share aku nak cerita ini..
lebih kurang macam ini..
semalam aku keluar la dengan member sorang ini...dia budak kedah...lepas itu dia cerita pengalaman dia pergi kelantan...dia kalau cakap kedah boleh tahan pekat..i'm sound silly when speak english..ahh macam itu ahh ibarat dia...harharhar ;p

lepas itu dia bukak cerita yang dia kena sedas penampar bila pergi kelantan sebab dia terlanjur cakap KOPEK dekat sana..
*padan muke kau! kahkahkah :P

cerita nya macam ini...
dia nak bayar makanan...dia cakap 

" wey biar la aku bayar..ni nak ambik kopek ni.." 
*translate kedah please.

sekali pang!
melayang kepala pening sebab ingat dia nak scodeng kopek tukang ambik duit itu..berdesung kepala kena tampar...haha :P


kelantan: 
kopek = payudara 

kedah: 
kopek = beg duit 

cari dekat google ;D

"Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Pertama bermaksud dompet duit atau uncang menyimpan duit. Penggunaan untuk maksud ini meluas di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Yang kedua pula bermaksud payu dara. Bagi maksud ini, ia digunakan secara meluas di negeri lain terutama Perak (kecuali Perak Utara) dan Kelantan. Dalam situasi formal dan dalam bentuk persuratan formal, perkataan ini tidak digunakan. Perkataan ini juga membawa makna ‘mengupas’, iaitu seperti mengupas kulit buah-buahan."

moral of the story : kalau nak pergi negeri orang please belajar bahasa...lagi lagi yang pekat loghat negeri masing masing tau! :P


kbai! ;P

3 comments:

Akim Iqbal said...

Woha !!!! :)

Eyka said...

zzzzzzz..harhar

Namee Roslan said...

bahaya oooo..banyak juga perkataan yg lain maksud di sana. tak boleh cakap sembarangan je..hehe