Nov 23, 2013

coming back hewhew

lama gila la aku tak tulis blog ini...bukan kerana malas bukan kerana sebuk bukan kerana semua benda tapi mood untuk menulis semakin tak rasa nak ada sekarang ini....anyway feeling good bila dapat tulis balik sebab aku rasa macam tak sabar nak cerita semua benda yang terjadi sekarang...totally hidup aku gembira sekarang dengan business aku..ecececeh... 

aku tak tahu laa ada tak orang bukak dah blog ini tapi kalau ada mecasih la sebab care pasal aku lagi haha

eh sejak sejak ini ramai gila member aku kawen...barakallah sangat...:) life is so much fun if you keep fighting...hihi cerita pasal kahwin ini kalau korang memerlukan khidmat batik untuk badan korang..aku ada kedai yang boleh highly recommend..aku rasa berbaloi tempat sini kalau kau asal perak laa...sebab kalau nak pergi terengganu kelantan nak pergi beli memerlukan masa dan kos nak sampai sana..jadi aku nasihatkan beli benda alah ini under aku...bak kata pepatah menyenangkan jangan memudaratkan haha 

anyway..kalau korang tersinggah menara condong di Teluk Intan...go find kedai member aku ini...dia terima tempahan batik dan menjahit sekali..sekarangkan banyak orang nak pakai baju batik hadir kenduri so ini laa cara dia...bila sampai sana menara condong itu kau cari la the store..then dalam itu belah kiri tertera alwan batik sutera nama kedai dia.. 
page dia pon ade...search la alwan batik sutera.. tolong member member...




sekarang ini pon aku ambik job partime model untuk busana muslimah yang baru nak naik..kalau nak hired boleh pm aku...aku ambik murah murah je...lastly aku akan tolong sekali promote korang punya barang for the service akhir... give and take kan permainan ini kan?

akhir kata majulah batik untuk negara kahkah 


Aug 8, 2013

orang ketiga dan super kebohongan


Oh tuhan tolong la aku hapuskan rasa cintaku.Aku pon ingin bahagia walau tak bersama dia..

Sejak aku totally putus cinta ini..benda ini mesti main main dekat otak aku setiap hari dan ketika..bukan nak kenang cerita yang sedih sedih ini tapi kau tahu la kan..bukan senang nak lupekan orang yang selalu ada dengan kita lagi lagi kalau dah sampai setahun..kau ingat boleh simply recover  senang senang je macam itu..orang kata putus itu memang senang tapi recover and stand back will take million time for  forget and sembuh. Masa aku putus cinta for two years and the half relationship, hati aku macam beku untuk menangis sampai abang aku kata macam tak putus pon gaya kau ini..walaupon dia tak tahu aku dah dekat beberapa hari ini tak boleh tidur kenangkan apa yang tak pernah aku jangka nak berlaku dan seriously perasaan terkejut itu masih ada lagi..

 “Starting girl and boy being friend on the beginning, not simply loving like couple but take care each other  everyday.. Suddenly came some gegurl naïf next to their relationship and never know their friendship zone.  Gegurl and the boy being couple sweet more than a year even she never knows the girl. Otherwise,the  frinendship zone become more and more turn to love without notice by the gegurl. Then after the girl and the boy trap into their feeling, they become serius to be together even the girl know the boy dah ada kekasih.kerana sayangkan si girl, the boy and the gegurl break for the boy happiness. Patut ke pompuan itu di hukum atas perangai mengada-mengada two bird terbabit and makan hati bila kena tipu dengan relationship tak jujur ini?“

Being the third party not the best thing everyone nak  bila duduk dekat dunia ini. Dan benda third party ini bagi orang ketiga itu rasa terhina sangat seriously. Bagi kes atas ini, aku tak paham kenapa boy itu nak cakap cinta jugak dengan the gegurl sedangkan hati dia dah memang tak bole denied perasaan suke dia dekat the girl dari dulu lagi? Adek aku pernah cakap benda ini jadi sebab sayang itu tak sepenuh hati dan perasaan takut kena dump itu la yang menyebabkan sang lelaki itu buat keputusan gila macam ini.. dan lelaki ini adalah lelaki yang tak tetap pendirian and not matured.

Bila aku buat perbandingan , aku rasa macam aku punya kes ini similar gila macam kes asyraf muslim dengan dayana yang di madukan tu tapi cume yang bezanya dia dah kahwin dan aku belum..Dan sekarang kau mesti paham macam mana sakitnya bila being the third party in some relationship yang mangkuk macam atas itu..satu je aku dapat rumus dari benda mangkuk ini, mereka terlalu pentingkan diri sendiri dan ego.  Mak aku selalu pesan, kalau nak percaya lelaki ini bukan kena cari lelaki yang selalu cakap I love you setiap hari dekat kita sebab mak selalu cakap lelaki ini perasaannya dekat hati bukan dekat mulut dia..lelaki yang memang betul really love you,less saying love and more action to hold you until jannah. Lelaki itu juga always ada dan memahami  apa takdir yang terpaksa kau pilih sekarang  dan terima seadanya kau dan bukan yang buat kau tertekan dengan takdir kau sendiri..

Balik pada kes aku ini, aku tak pernah jangka nak masuk dalam kes third party ini, kalau aku tahu kau ingat aku nak hold lagi relationship ini..? memang tak la nak sakitkan diri sendiri sebab orang lain. Dah dekat 2 tahun setengah aku kena tipu hidup hidup tentang kononnya dia suke dekat aku padahal dari belum kapel lagi  hati dia tak berubah dekat kawan baik dia. Aku tahu pasal girl itu kawan baik dia bila aku dah dekat setahun kenal  pakwe aku itu. Dia cakap diorang just kawan dari sekolah. Kau paham la kan takkan nak syak bukan bukan sedangkan diorang kawan je. Lagi pon aku tak nak jadi pompuan pengongkong ini sedangkan belum tentu dia jadi husband aku lagi.aku mula dapat rasa instinct tak baik dalam dua bulan selepas aku jumpa dia kali yang ke berapa ntah. Perempuan ini instinct dia kuat lagi lagi benda yang nampak penipuan macam ini. Aku tak suka syak wasangka macam macam ini, aku sabarkan diri dulu sebab aku tak suka marah melulu macam orang meroyan. Penantian aku jadi kenyataan dan dia mengaku dia tersangkut feel dengan kawan baik sendiri. Macam nak mampus aku marahkan dia. Tapi bila aku fikir balik aku sebenarnya totally salahkan diri sendiri sebab kenapa boleh pilih jantan ini sedangkan aku banyak pilihan lain..kenapa? kenapa? Kenapa?

aku rasa salah satunya factor jarak mungkin yang menyebabkan kami jadi macam ini. Dari dulu lagi aku memang tak suke kapel jauh jauh ini..jadi macam ini laaaaaaaaaaa.. tapi sebab pakwe aku itu kata boleh tahan without aku dekat tempat lain, aku setuju la kapel dengan dia. Sama kes macam ex aku sebelum ini, tapi yang itu boleh dimaafkan sebab tempoh aku dengan dia sekejap jadi macam tak hold dendam itu lama sangat. Tapi dengan ex aku yang ini dah more than a year, tipu la tak ada rasa sayang langsung sedangkan orang yang kapel baru dua hari pon boleh buat video kecintaan syok sendiri up dekat utube. Masa putus itu dia cakap masih sayangkan aku, tapi tak rasa menipu diri sendiri ke bila cakap macam itu sedangkan hati itu memang dah ada orang lain? kau tak rasa benda ini bagi aku rasa lagi worse ke ? kau nak tipu itu agak agak laa macam aku rasa aku ini kucing yang senang kena buang dan di gula gula macam ini. Diorang boleh jadi macam close sangat sebab factor jarak yang dekat dan factor suka yang tak tunjuk. Ya allah tolong la jangan nak hypo sangat..dah suke cakap..tak suke cakap la tak suke. Tapi aku memang respect gila pada diorang sebab boleh suke diam diam macam itu sampai bagi hati aku hancur macam ini. Sumpah aku rasa nak bagi perhargaan trofi dekat diorang. Secret admired dreamer couple ever.. wahhhh

satu kes yang tak boleh nak tipu lagi bila diorang keluar together . nampak sangat dah ada feeling kalau tak mesti ajak orang lain teman sekali. Siap dua tempat lagi pergi. Amboi mengalahkan orang bercinta. Kawan lagi? Hoi tolong la jangan nak mampus menipunya. Tahniah la berjaya hancurkan hati aku masa raya kali ini.

Untuk kau ex, aku cuba untuk baiki diri aku yang tak sempurna macam kau, yang tak pandai berdikari, yang tak pandai nak jaga relationship, yang tak pandai nak rangka hidup sendiri sampai semuanya harapkan orang lain. aku harap kau dapat apa yang kau nak dan aku harap kau bahagia. Itu la doa aku selalu untuk kau setiap kali aku sembahyang. Jangan risau aku ini sistematik, aku marah sekejap je sebab aku tak nak setan itu duduk lama lama dalam hati aku ini. Aku rasa aku dah terima pembalasan cash dekat dunia ini sebab selalu bagi harapan dekat orang lain. dan akhirnya aku kena sendiri hukum karma sakitkan hati orang lain. good reason for me to change.

When it over it over even rain are start to pouring


Lastly, selamat hari raya pada kecintaan semua dalam blog ini..thank being a good advice to me and doakan eyka baik baik ye awak J

May 18, 2012

tahniah diri sendiri :)






N** A***** Binti J***** has completed her studies for Higher National Diploma in Business marketing on 18 May 2012. Syukur Alhamdulillah :) macam tak percaya :')


pasti aku takkan lupa kenangan aku jatuh bangun dekat bandar seri iskandar ini..sedih plak pikir balik =.= mesti nanti miss waktu belajar..arghhh tak leh bayangkan =.=


anyway kita dah grad! hoyeahhh! ;D


can't wait for my convo ;D


mood: planning for future :)

May 17, 2012

kesiankan hati awak baru kesiankan hati orang lain :)


*say louder please*


awak..
hati bukan benda main main..kalau awak salah jaga hati..hati awak yang sakit bukan orang lain..memang sakit bila kita cuba untuk gembira sebab nak gembirakan orang yang kita sangat sayang itu..belajar untuk melupakan memang sakit tapi keluar dari masalah itu perlu awak..orang yang pernah rasa akan paham perit dia macamana..tapi awak tak nak cuba untuk keluar dari menyakitkan hati awak sendiri? awak rasa berbaloi pengorbanan awak itu? 

tapi awak hati awak macammane? tak berharga ke bagi awak? awak bagi dia sakit sedangkan awak boleh bagi hati awak dekat orang lain yang sedia terima hati awak seadaanya awak..dan tak main-mainkan hati awak..hati bukan benda yang awak boleh ambik mudah even awak kata tak sakit dan i'm okey tapi awak tak tipu diri sendiri ke? awak tunjuk awak sedang bahagia dengan pilihan hati awak sedangkan awak tahu hati dia bukan milik awak tapi milik orang lain..kenapa awak nak jaga sangat hati orang itu..awak tak nak jaga hati awak? kenapa?

memang sakit bila kita yang mengharapkan orang atas cinta kita tapi awak kena sedar satu perkara..cinta tak boleh dipaksa..sekuat mana pon awak bagi hati awak sepenuhnya ..kalau hati dia tetap bukan milik awak..seumur hidup pon awak takkan dapat dia sebab awak paksa cinta itu..dan itu bukan cinta tapi paksaan..it totally not love..cinta ini datang suci dari dua hati yang saling mencintai..bukan satu hati yang syok sendiri..awak boleh fikir kan?

awak bangun la dari angan angan awak untuk cinta awak itu..awak bukak mata besar besar dan perhatikan orang yang more care about awak dari yang awak pandang sekarang..awak mesti nampak ada yang sentiasa untuk awak bila awak sedih dan kecewa..selalu support awak bila awak selalu cerita banyak benda yang awak sedih..tapi awak pernah nampak dia?  awak tak nak  ke cuba bagi hati awak dekat dia dan menghargai dia? awak tak nak buat hati awak gembira atas cerita cinta yang awak sendiri yang boleh buat awak terasa di awangan awangan dan bukan cinta yang penuh  berpura pura.. awak tak nak ke semua itu? jangan la jadi hipokrit dan cakap i'm okey *mimik squidward*padahal kau tak okey mana pon kan? jangan hipo sangat boleh! do you own love story and live happily..hidup ini singkat dan kenapa kena pikir orang lain sedangkan hati kita bersepah dan hancur? why? 


jangan biar hati disampahkan, dibuang dan diletak tepi. kalau mahu beri hati, beri pada yang sudi. itukan lebih bererti :) 

*code : posmen ke syurga*


cinta bukan buta tapi cinta memaksa kita untuk percaya dan jadi diri kita sendiri dan bukan berpura pura bahagia:)

May 11, 2012

this video make me crying and i miss my mom badly :(



kalau la dia dilahirkan Islam..ya allah sungguh indah hati suci dia..orang ISLAM pon ade yang gugur anak..aku respect dengan dia..even dia kristian..dia tak jadi bodoh dan dia tak ambik jalan singkat dengan gugurkan budak itu walaupun budak itu dah disahkan cacat dalam perut lagi..sedih tengok video ini..dan video ini buat aku ingat mak aku..okey rindu balik..
:(

kalau la satu hari nanti dia dengar pasal agama Islam ini dekat mana mana dan orang yang terdekat dengan dia..aku harap dia terbuka hati untuk memeluk Islam macamana dia secara bersih hati menerima anak dia yang cacat dalam hidup dia..insyallah..doakan sama sama :)




oh ya..selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu pada tanggal 13 mei ini :)



Mother's Day
P/S : lepas tengok video ini tadi terus telepon mak untuk ucap selamat malam..:)
malam ini mesti mak masuk dalam mimpi sebab dia rindu anak dia ini..:D 
I LOVE YOU MAK :)

May 9, 2012

keterujaan..alhamdulilah :')

pagi pagi lagi henset cokia aku vibrate lagu peberet aku..pelik sebab orang takkan mesej pagi pagi buta kalau tak ada hal...suprised me the message from my mom..selalu dia telepon terus..terkejut gila



teruja bila baca sebab semalam mak tak nak cakap langsung dengan aku sebab dia kata sibuk.. tapi reason sebenarnya dia tak sabar sabar nak wish besday aku itu sebab mak takut tersasul sebut benda ini depan aku sebelum waktunya..sweet sangat mak ini..terharu :')

This is from my mom message..

"salam N** A*****.. dah bangun ke? mak nak ucap selamat hari jadi yang ke 22 pada 17 Jamadilakhir bulan Islam..semoga sihat sejahtera dan berjaya selalu.."

mak aku akan panggil nama penuh aku even luar atau dalam mesej sebab dia tahu dengan nama itu je aku akan respon dengan cepat even dalam mesej juga:) 

lagi satu kalau dia marah dia akan panggil nama betul aku..yang itu takut sangat sebab dia memang tengah marah sebab mak aku terkenal dengan perangai peramah dan sifat lemah lembut dia..susah sangat nak marah orang even macam macam orang buat dekat dia..dia still sabar dan senyum je..that my mom :)..dia takkan marah kalau dia tahu bukan salah aku.. kalau yang kenal rapat dengan aku mesti akan rapat juga dengan mak aku..ini tak tipu..*tapi jangan salah paham..dekat rumah mak aku panggil aku angah je..cume sesetengah keadaan je..mak aku terpaksa tegas dengan aku..sebab aku anak dia yang paling degil.

yang nak tahu, mak aku ni dulu agak low sikit dalam balas and bagi mesej segala ini..even dia wanita berkerjaya tapi dia still cakap " watpe nak taip..call kan senang". sebab dia kata kalau taip sama je macam call..call lagi lama boleh cakap dari susah susah taip..old people always like this..same juga macam ayah aku..tapi sekarang bila dia asyik skodeng je tepon anak dia dan tak tahu sepatah haram pon mesej berbaur ayat typo dan ayat seringkas alam mungkin..dari situ terdetik dia nak belajar dan paham ayat SMS..senang dia nak jaga anak dia yang nakal nakal ini mungkin..mak jangan risau anakmu takkan membelakangkanmu sebab you are the role model for me and you  the only mom that i have in this world..what are the best part of me without you?...will i remove you easily? FOREVER NO...you know me well before you transfer me to this dangerous world kan mak?..:') one word..I LOVE YOU MAK :)

sebabkan wish dia pagi itu..aku rasa mungkin masin mulut mak aku tentang berjaya selalu itu sebab aku lepas 2 asignment aku yang aku hantar hari itu..mecasih tuhan :) ya allah rasa nak cium peluk mak aku sekarang tapi tak boleh i am far from home :( i miss her badly now..

seriusly lama dah aku tak balik sebab encik asignment yang tak berhenti henti bertandang untuk disetelkan..even rumah tak ada la jauh sangat tapi still boleh nangis malam malam rindu mak..home sick maybe dan tak sabar nak balik rumah..lagi seminggu je lagi and i'm totally done with my college and you know i will GRAD!!!..ya allah syukur :) macam tak percaya :D

okey now out sebab nak ganti tidur lepas siap kemas barang semua..doakan kite berjaya dapat kerja nanti ye awak :)
...............................


pesanan : mak tak pernah nak wish masa besday aku ikut kalendar omputih and all that even dia tahu besday anak dia 24 12 1990..tapi dia still tak nak wish tapi dia paling teruja untuk sambut aku dalam bulan Islam..dia still save dalam phone dia bulan Islam..dia hormat bulan Islam dari bulan omputih..kalau waktu besday aku bulan 12 itu..yang ada pon dia wish dan sambut juga sebab dia nak anak dia happy even lahir lambat sangat..dia tak nak anak dia terasa sangat kalau tak ada yang sambutkan..you the best mother for me mak..walaupun kadang kadang anakmu annoying sangat tapi mak tetap tak berhenti sayang aku sampai umur aku 22 tahun ini even macammana pon perangai anak dia ini..ya allah sumpah aku miss mak aku sekarang*start ini mata aku dah mengalir

May 7, 2012

adakah ini karma?

holla amigos..lama gila aku tak taip..maybe masa yang agak busy kemain lately ini yang menyebabkan aku nak tak nak je masuk dashboard ni..don't blame me sayang..blame masa..amboi kau klise punya ayat

okey enough with the intro..jom start dengan topic aku hari ini..majority mesti tau karma itu ape? karma ini mostly akan jadi bila diri kita sendiri akan dapat bila kita cuba buat orang lain..lebih tepat lagi balasan untuk kita sebab kelakuan kau yang tak boleh blah dekat bumi ini dengan menyakitkan hati orang constantly dead or a life..contoh lebih tepat bila budak jahat tak dapat hadiah waktu krismas sebab kelakuan jahat dia pada masa lepas..errk

okey hari ini aku nak cerita tentang kawan aku yang ada masalah yang ada hubung kait dengan karma ini...masalah yang dia bagitahu aku..dia punya ex- boyfriend still tak puas hati dengan dia even dia itu dah lupa kan langsung tentang perangai jantan itu yang dah dump dia..kau ingat tak sakit kena dump? tak kena boleh la cool je

aku respect gak la dia sebab boleh kawan balik even dah break..kalau aku memang tak la sebab aku kalau dah buang orang dari hidup aku..memang luput terus la..

jadi kawan? perlu ke? *sigh  

"Ex boleh jadi musuh atau boleh jadi kekasih semula tapi takkan boleh jadi kawan baik." 
-code brader leplep *terfaktab*

okey back pada masalah member aku itu..dia tak paham kenapa lelaki itu macam salahkan dia sedangkan yang putuskan hubungan itu dari pihak lelaki dan dia macam serba salah la sebab ex dia itu macam nak tak nak je cakap..
#orang dah baik kira untung laa..ini nak tunjuk ego..bapak bangang je..nampak terang lagi bersuluh kau punya hati yang busuk itu..tak boleh busuk lagi ke?

atau aku punya feel cakap sebab 



dia totally JELES 

etcelliy member aku itu dah bahagia habis dengan dia punya new boyfriend..gelabah gila babi sebab  perempuan itu lagi bahagia dari dia atau aku syak ex boyfriend member aku itu jeles gila babeng sebab macamana member aku itu lebih bahagia tanpa dia disisi..itu maksudnyer kau si ex kalah permainan karma ini wey..nampak tak permainan karma itu macammana? tahniah la sebab kau deserved rasa jeles itu sebab dah bangang sangat dump orang pasal apa

"you give other feeling hurt and now you get the broken heart..ololololololololo"
tak payah melalak sangat la sebab kau yang nak dia pergi kan? ;)



manusia macam itu la..dah pergi baru nak cari..depan mata pandang sebelah mata pon tak nak..maki ada la



pada perempuan yang kena dump itu , you did a good job..dah jangan fikir sangat benda yang dah lama tinggal..pandang yang lepas pon bukan boleh putar balik..kecuali la kalau kau ada feel lagi..krik krik krik


senang cerita tak payah pikir sangat buat serabut..jaga hati orang yang sayang kita sekarang dah sebab orang kata lebih elok sayang orang yang sayang kita dari kita yang terkejar kejar sayang orang lain yang belum tentu sayang kita..yang itu kerja yang sangat bullshit

karma bagi aku itu bukan nak menyakitkan orang tapi bagi pengajaran sebenarnya..supaya dia ajar manusia ini tahu erti bersyukur dan bukan pilih bulu semata mata. lagi pon manusia ini kan mudah lupa *sigh 



pesanan penaja : kalau makan yougurt boleh kurus tak? aku kena masalah minat makan terlampau banyak dan berat dah macam naik..aku kata macam.okey aku makin gemuk

May 3, 2012

Perempuan yang cantik selalu curang , Lelaki yang kacak selalu game orang (!) *FaktaBukanAuta*

Dah tengok tajuk mesti muka yang bajet hensem kata tak sebab dia rasa dia setia..auw aku tak tahu la celah mana diorang rasa diorang setia..tapi mostly lelaki hensem suka main main dan pompuan cantik mostly suka curang..ini sebabkan dia ada aset dan tak salah kalau goda hati orang lain untuk kesenangan dia..muka ada kan

ala tak payah pergi jauh..korang tengok je member korang yang jadi pujaan ramai..boleh tengok dia tukar makwe atau jantan berapa kali? nampak kan kelebihan muka dia macam mana?

tak salah kalau nak benefitkan muka yang sedia kacak dan lawa untuk jalan yang elok..tapi takkan la dengan aset yang ade kau kena ragut hati orang yang tak berdosa..mostly kau punya niat adalah untuk mengoda dapatkan apa yang kau nak and motif kau untuk main main dan not serius..hati is not joke okey.

kau ingat hati manusia ini senang sembuh ke?
hati ini salah satu benda untuk seseorang hidup..bila dah hancur berkecai..
kau anggap dia hidup lagi ke?


sayang orang pada pada dan tak semua orang akan lupa apa yang kau buat..
not all people can forget easily.


why should they have to curang dan main main..padahal ramai orang dah gila sayang or bayang dengan diorang..kenapa tak serius? or takut untuk kecewa? so dia decide untuk make more relationship?

"saya sunyi..walaupun muke ada..makwe pakwe saya tak nak layan pon..saya sunyi sangat"

this one is BULLSHITT!

macam tak ada benda lain nak buat..akal letak mana? tong sampah mungkin.